Jam 8 pagi 2/10/2010 aku dh sampai di Twin Tower UITM Shah Alam bersebelahan Fakulti Sains Sukan. Today,,,aku belajar sesi pertama belajar 'orienteering' atau pandu arah menggunakan kompas. Aku bersama Anuar & Lan dalam satu group akan bt CPO dan membuat 'Check Point' yang lain sebanyak 6 'check point' dengan berakhir pada CPO yang pertama. Kami buat hanya berkisar pada fakukti yang berhampiran sahaja. Setelah selesai setiap group dikehendaki melakarkan (sketch plan) setiap check point yang telah ditandakan. Selepas itu pula setiap group akan diberikan tugas mencari/membawa balik penanda 'check point' group yang lain. Tugasan memerlukan setiap group memilih lokasi dengan 'bearing' yang tersendiri , menandakan jarak lokasi yang dipilih serta memberiklan 'clue' kepada lokasi yang dipilih. Alhamdulillah group aku berjaya melakukannya walaupun ada juga group yang gagal disebabkan kesilapan teknikal.
Selepas sesi pertama (orienteering) berakhir jam lebih kurang 10.30 pagi kami hanya berehat sebentar dan kemudian sambung semula ,dengan pelajaran yang kedua yang lebih mencabar di mana semua student termasuk student PJJ dikehendaki melakukan 'abselling' dari tingkat 11 ke bawah. Walaupun aku dah ada pengalaman semasa berkhidmat dalam pasukan PGA tetapi ini berbeza dari segi ketinggian dan juga tempat. Turn aku jam lebih kurang 1.30 tengahari dan antara yang terakhir dalam keadaan perut yang lapar dan dahaga. Aku confident melakukannya tetapi semasa nak turun aku terpandang ke bawah dan rasa 'x confident' tetapi terpaksa gagahi juga sebab aku dh melakukannya dahulu. Perasaan takut hanya sekejap sahaja lepas tu dh macam biasa je.......Alhamdulillah,,,,,aku berjaya melakukannya dan begitu juga dengan rakan sekuliah yang lain......Next Week outing pula ke Perak......
See Next Week.........
Kenangan terindah...
ReplyDelete