Wednesday, July 28, 2010

bicara sepi yang wajib

letih....baru kembali dai mahkamah & sampai ke hotel nak lena sebentar...masuk hari ini sudah 3 hari aku di muar, johor hadir bicara kes yang lama....kali ini pening kepala ckit sebab terpaksa mengingati kes yang lama (tahun 2002),,,,,tapi aku bernasib baik sebab PO nya member lama aku...di sini sudah ramai yang telah bertukar baik anggota atau pegawai...kawan pun dh berkurangan,,,ramai yang baru...esok nak chow balik ke KL,,,kerja & hujung minggu kuliah then ahad petang pergi lagi ke muar coz smbg bicara kes yang lain plak...chow chin chow...

Monday, July 26, 2010

sehebat 'kickdifella or RPK'

X pernah aku mimpikan 'blog' aku sendiri....hahahahahaha....pening kepala apatah lagi line internet mengalir seperti dipermukaan yang tidak rata....tapi tanggal 24 julai 2010berkat bantuan cik syam serta rakan-rakan sekuliah terciptalah 'blog' aku sendiri...biasanya aku, kalau 'on' computer melayari FB, berita, dan membuat kerja-kerja pejabat.....maybe someday aku akan menjadi terkenal seperti bloggers yang lain....apa lagiiiii.....

makna ikatan

17 julai 2010 semua rakan sekuliah mempelajari cara-cara membuat ikatan/simpulan tali dan mengenali ikatan tersebut oleh pensyarah cik syam. Sudah hampir 20 tahun lebih aku ketika dizaman sekolah waktu masuk pengakap aku mengenali simpulan...itupun 'buku sila' yang aku tahu...hahahaha....yang lain hanyut terus oleh peredaran masa....namun banyak yang diperolehi dalam pembelajaran ini yang mana kadangkala kita menggunakannya dalam kehidupan seharian cuma nama simpulan tersebut tidak diketahui.....

permulaan meniti kejayaan

Tanggal 9 julai 2010 bermula kembali perjalanan pembelajaran PLK Sport Science di Maktab PDRM Cheras dan UITM Shah Alam.Namun yang pasti pada kali ini bebanan subjek telah berkurangan dan juga dapat meluangkan masa pada hujung minggu bersama keluarga serta rakan-rakan.Aku berdoa dan berharap pada semester 7 kali ini dapat belajar tanpa ada masalah dan mencapai keputusan yang baik.Law, Communication serta Outdoor adalah subjek yang akan diterjemahkan nanti semasa di final exam.Hari pertama 10 julai 2010 pembelajaran outdoor yang diajar oleh cik syam adalah mengenai objektif outdoor recreation itu sendiri.Banyak yang akan dipelajari seperi berkayak, rappeling/abselling, perkhemahan serta yang memerlukan tuntutan subjek tersebut. Subjek ini memrlukan ketahanan fizikal, pengetahuan, peralatan serta kewangan yang belum pasti lagi. Apa lagi.....aku pun sudah lama tidak mempraktikkan aktiviti luar seperti sukan serta aktiviti outdoor yang lain. Bebanan ku semakin bertambah...tapi...agi idup agi ngelaban.....kapowwww...