Hari ini aku baru balik dari Kem Sri Murni, Kampung Jahang, Gopeng Perak dalam Amali Perkhemahan Akhir 2010 Fakulti Sains Sukan UITM Shah Alam dalam Subjek Outdoor Recreation,,,,,.....Perkhemahan bermula pada 9 Okt 2010 dan berakhir hari ini 13 Okt 2010.....Berbagai aktiviti yang dijalankan bersama student epjj,student degree & fulltime student Diploma sport science uitm shah alam/jengka pahang,,,,....Sampai sahaja di kem jam lebih kurang 2.30 petang kami semua memasang khemah,,roll-call untuk aktiviti seterusnya dan juga menjalankan aktiviti di kawasan perkhemahan bersama syudent EPJJ....Sebelah malamnya pula kami menjalani pogram suaikenal bersama dengan pelajar ijazah (sport management)...Antara aktiviti seperti memperkenalkan diri dan acara teka sesuatu menggunakan bahasa isyarat.....aktiviti tamat jam lebih kurang 1200 malam.....
Pada hari kedua jam 7 pagi semua berkumpul untuk membuat aktivit senaman iaitu joging beramai-ramai...Ada di antara kami juga ke dapur membantu Kak Rock menyediakan sarapan dan makan tengahari....Jam 10 pagi kami semua membuat aktivit 'tiubing' mudik sungai kampar terus ke kem...Laluan yang digunakan sepanjang lebih kurang 4-5 kilometer...Aku berpeluang menaiki kayak dan juga menggunakan pelampung...pengalaman yang amat menyeronokkan dan berguna.....Selepas aktiviti 'tiubing' kami makan tengahari untuk aktiviti 'pandu arah' yang dikendalikan oleh En shariman iaitu salah seorang pensyarah di kem....Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan aku kumpulan 3 iaitu sikin,din & wan....aktiviti pandu arah di buat dalam kawasan kem yang mana perlu membuat 3 CP dengan jarak keseluruhan 200 meter jaraknya....Aktiviti tamat hampir jam 7 petang then rehat/makan malam untuk lain,,,Jam lebih kurang 9 malam kami semua menjalani aktiviti 'Nightwalk" sejauh lebih kurang 1.5 km dari kem di mana dalam aktiviti ini semua student dikehendaki berjalan seorang diri dalam gelap hanya menggunakan sebatang lilin....alhamdulillah aku berjaya tapi ada beberapa rakan student yang lambat sedikit sampai ke CP,,,,,.....aktiviti tamat jam 1230 malam....
Hari ketiga kami bangun pagi seperti biasa menjalani senaman jasmani dalam kumpulan untuk aktiviti seterusnya iaitu "Caving"....slps heavy breakfast jam lebih kurang 9.30 pagi kami semua bertolak ke Gua Tempurung untuk aktiviti caving yang agak mencabar dan memenatkan....masuk gua jam 1030 hrs dan keluar gua jam 1500 hrs....Dalam aktiviti caving kami melakukan 'crawling dalam air',,,'membongkok utuk berjalan',,,masuk lubang sempit,,menggelongsor,,naik tangga,,meredah air,,,dan juga melihat keajaiban yang berada dalam gua tempurung....after caving kami balik kem utuk persediaan aktiviti 'survival'...jam 4.30 petang kami berkumpul utk survival dengan dibekalkan 3 batang mancis,sedikit beras,gula,garam,kopi,teh dan 2 botol 1.5 liter air mineral,,,kami juga diarahkan bawa telekung,sejadah,flysheet & 2 PFD,,,sebelum masuk kawasan survival kami semua direndamkan dalam sungai kampar.....selepas basah kuyup semua kami bergerak ke kawasan survival mengikut kumpulan masing-masing....sampai kawasan dan taklimat kami pun masuk kawasan yang ditetapkan dan menjalankan aktiviti seperti mendirikan khemah,menyalankan unggun api dan memperkemaskan kem survival serta memasak dengan bekalan yg dibekalkan....selepas selesai ada yang tidur dan menjalankan tugas 'sentri'....kami telah diberikan 'password' bagi tujuan lawatan oleh 'fasilitator'......2 kali kami telah dilawati dan aku x tau jam berapa dilawati sebab tidak dibekalkan dengan jam,,,,,alhamdulillah semua ok sehingga keesokan harinya jam 1 tghari kami semua bertolak balik ke kem sri murni....balik kem saja terus mkn tghari dan rehat utk aktiviti seterusnya.....
13 okt jam 7 pagi kami semua berkemas utk bertolak balik....setelah kemas dan membersihkan kawasan jam lebih kurang 10.30 pagi kami bersama student epjj dengan izin keluar dari kem balik ke uitm shah alam.jam 3 petang sampai uitm kami semua bersihkan peralatan,,,taklimat dan bersurai ke destinasi masing-masing....wassalam....